Lionel Messi (Gambar fail: Martin Rickett/PA Wire/dpa)

LONDON – Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Major League Soccer (MLS) untuk musim kedua berturut-turut, lapor PA Media/dpa.

Pemain berusia 38 tahun itu membantu Inter Miami memenangi Piala MLS buat kali pertama pada Sabtu selepas menewaskan Vancouver Whitecaps, sekali gus menjadikannya pemain pertama memenangi Anugerah Landon Donovan selama dua tahun berturut-turut.

Messi turut memenangi Kasut Emas MLS 2025 selepas menjaringkan 29 gol dalam 28 perlawanan serta mencatat 19 bantuan gol, mengatasi rekod 20 gol dan 16 bantuan gol yang diraihnya dalam musim kemenangan MVP 2024.

Sumbangan keseluruhan 48 gol Messi sepanjang musim biasa adalah kedua tertinggi dalam sejarah MLS, hanya satu di belakang rekod Carlos Vela pada 2019 bersama Los Angeles FC.

Kapten Argentina itu, pemenang lapan Ballon d’Or, juga menjadi pemain pertama dalam sejarah liga yang mencatat sekurang-kurangnya 36 sumbangan gol dalam lebih daripada satu musim (2024 dan 2025).

Anugerah Landon Donovan MLS MVP mula diperkenalkan pada 1996 dan ditentukan melalui undian pemain, staf teknikal kelab dan media.

Messi merupakan pemain kedua memenangi anugerah itu sebanyak dua kali selepas Predrag Radosavljevic (1997 dan 2003).- BERNAMA–PA Media/dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast