KUALA LUMPUR – Jasad bayi ditemui di dalam sebuah lori sampah di sekitar Bukit Jalil.
Penemuan tersebut berdasarkan video yang tular berdurasi lapan saat di media sosial hari ini.
Difahamkan, mayat bayi berkenaan ditemui di timbunan sisa dalam lori sampah.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Chua Kok Lian mengesahkan kejadian tersebut namun tidak mengulas lanjut.
Difahamkan, pihaknya akan memberi perkembangan semasa dalam masa terdekat.
“Ya betul (kejadian berkenaan).Dalam tindakan nanti akan diberi perkembangan,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette
















