Janin yang ditemui di dalam lori sampah di Bukit Jalil, semalam. Gambar: Ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR – Janin yang ditemui di dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil semalam dianggarkan berusia sekitar 25 minggu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan.

“Keadaan janin ketika ditemui didapati mengalami kecederaan pada bahagian perut, tengkorak pecah dan tali pusat yang telah putus.

“Penemuan itu disedari oleh pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Semalam, polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 12.51 tengah hari.

Janin lelaki itu dianggarkan berukuran 35 sentimeter panjang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Elfi di talian 011-1004 8773, Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras 03-9284 5050, Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast