Foto: JIM

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Masjid Jamek, di sini, malam tadi.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, OPS Kutip yang bermula pada 7.20 malam melibatkan 25 pegawai melakukan pemeriksaan di sekitar stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di situ.

“Pemeriksaan dilakukan secara rambang terhadap warga asing yang turun dari perkhidmatan LRT dan mereka yang berada di setiap penjuru jalan kawasan itu dengan keseluruhan sebanyak 60 individu diperiksa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan tertinggi ialah warga Bangladesh, iaitu 11 orang diikuti India (lapan), Pakistan (tujuh), Indonesia (tiga) serta masing-masing seorang dari Sudan dan Filipina.

“Lima daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala bakinya di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast