KUALA LUMPUR – Sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Kembali Ke Sekolah 2026 bermula 20 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.
Tambahnya, terdapat 45 sehingga 80 Stock Keeping Unit (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis.
“Sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan insiatif Payung RAHMAH di bawah kefungsian KPDN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dalam tempoh penganjuran ini, sebanyak 269 siri PJRM Kembali ke Sekolah disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh negara.- MalaysiaGazette















