CHONBURI – Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir apabila skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, di sini, hari ini.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian panjang sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran acara berkenaan pada Sukan SEA 1991 di Manila, sekali gus memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekad lalu.

Dalam aksi mendebarkan itu, anak buah Ahmad Jais Baharun terlebih dahulu dikejutkan apabila regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Amirul Zazwan Amir, tewas kepada trio Thailand, Pornthep Tinbangbon, Varayut Jantarasena dan Marukin Phanmakon, dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15.

Bagaimanapun, regu kedua negara yang dianggotai Mohammad Syahir Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam bangkit menyuntik semangat kebangkitan Malaysia apabila menewaskan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan 17-14, 15-13, sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Momentum itu diteruskan dalam set penentuan apabila regu ketiga, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi, tampil tenang memastikan kemenangan milik negara selepas menewaskan Kritnasanapong Nontakote, Varayut Jantarasena dan Wuttinun Kamsanor, 15-13, 15-11.

Kemasukan Zarif Marican Ibrahim pada penghujung perlawanan turut memberi impak penting sebelum Malaysia mengesahkan pingat emas, sekali gus menjulang kejuaraan yang dinanti selama 34 tahun.

Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, di sini, hari ini.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian panjang sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran acara berkenaan pada Sukan SEA 1991 di Manila, sekali gus memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekad lalu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast