Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Universiti-universiti ternama di China tidak mensyaratkan sijil Unified Examination Certificate (UEC) sebagai syarat kemasukan, sebaliknya penilaian dibuat berdasarkan kecemerlangan akademik serta keupayaan pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi berkata, hasil perundingan beliau bersama universiti terkemuka China seperti Tsinghua University, Peking University dan Shanghai Jiao Tong University mendapati, UEC bukan prasyarat kemasukan.

“Susulan perkembangan itu, Mara telah mula menghantar pelajar-pelajar SPM cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti berprestij di China.

“Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperkenalkan penguasaan bahasa ketiga sebagai elemen penting bagi melahirkan pelajar berdaya saing di peringkat global, melibatkan Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun dan Korea,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Jelas Asyraf Wajdi, pelajar MRSM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM serta berjaya menguasai salah satu bahasa berkenaan akan diberikan keutamaan untuk ditaja melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia mengikut negara bahasa pilihan masing-masing.

“Matlamat utama adalah untuk melahirkan generasi teknokrat dan profesional yang menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, di samping bahasa ketiga seperti Mandarin, Arab, Jepun, Korea, Jerman, Perancis atau Sepanyol,” katanya.

Tambahnya, penguasaan pelbagai bahasa akan memudahkan pemindahan teknologi dan kepakaran, selain membuka ruang lebih luas kepada pembentukan jaringan ekonomi serta perniagaan antarabangsa dengan negara-negara maju pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, langkah sedemikian merupakan pelaburan jangka panjang MARA dala memastikan generasi muda negara lebih bersedia menghadapi cabaran persaingan global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Di Singapore pun tak ada peperiksaan UEC dlm sistem pendidikan mereka walaupun majoriti penduduk Singapura ialah etnik Cina.. Malaysia jer mengada2

Comments are closed.