Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan kes tetak seorang lelaki di kawasan Amara Residensi, Batu Caves, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Selayang kira-kira 10.35 pagi pada hari kejadian berhubung seorang lelaki berusia 20-an yang mengalami kecederaan parah akibat ditetak menggunakan parang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menahan empat lelaki pada hari sama.

“Kesemua suspek direman seminggu hingga 21 Dis bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tangkapan susulan dilakukan pada semalam dan hari ini melibatkan empat lagi lelaki berusia antara 21 hingga 33 tahun dan direman hingga 22 Dis.

Noor Ariffin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Hakimie Razally melalui talian 011-3335 2585 atau Bilik Gerakan IPD Gombak 03-6126 2222 bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast