KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sangat lebat berterusan berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga esok, 18 Disember 2025.
Ia turut menjangkakan hujan lebat berterusan (Kategori Buruk) berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Jerantut, Maran dan Bera); Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) bagi tempoh yang sama.
Manakala amaran hujan berterusan (Waspada) sehingga esok dikeluarkan kepada negeri Kelantan; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru). -MalaysiaGazette
















