BANGKOK – Skuad bola jaring negara terus mengukuhkan kedudukan terbaik di Asia Tenggara apabila mengekalkan pingat emas Sukan SEA kali ketiga berturut-turut, menundukkan musuh tradisi, Singapura, hari ini.
Dalam aksi sengit dan mendebarkan di Stadium Chantana Yingyong, Universiti Chulalongkorn, Malaysia menamatkan kempen dengan kemenangan 52-49, mengejutkan juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025 itu.
Menerusi kemenangan hari ini, Malaysia mencatat hatrik emas Sukan SEA selepas 2017 dan 2019.
Sukan bola jaring tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Vietnam dan edisi 2023 di Kemboja.
Singapura yang merupakan pasukan pilihan, pernah meraih emas pada edisi 2015. – BERNAMA















