Pasangan selebriti, Uqasha Senrose (kanan) dan Kamal Adli hadir ke mahkamah bagi sebutan kes penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MALAYSIAGAZETTE, 28 OKTOBER 2025.(GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Pelakon Uqasha Senrose mendakwa didera mental dan fizikal oleh suaminya Kamal Adli sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga termasuk ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen memaklumkan, penderaan itu bermula sejak awal perkahwinan.

Beliau turut mendakwa mempunyai gambar dan video berkaitan sebagai bukti.

“Selama empat tahun berkahwin, dia dera mental dan emosi saya. Ketika saya mengandung pun dia boleh memukul saya. Dia seorang yang tidak boleh ditegur dan terlalu baran sampai saya jadi takut,” katanya.

Terdahulu, Uqasha,33, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagi prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Turut hadir berasingan Kamal Adli.

Sementara itu, Kamal ketika diminta memberi respon menafikan sekerasnya dakwaan itu.

“Dakwaan ini salah dan saya sudah agak perkara ini.

“Demi Allah saya berani junjung al-Quran, saya tidak pernah pukul isteri saya,” katanya yang nekad untuk mempertahankan rumah tangganya.

Mahkamah menetapkan prosiding perceraian antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari 2026.

Sebagai rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan kini mempunyai seorang anak perempuan, Hawra Uqaira berusia 19 bulan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast