Pasukan operasi penugasan banjir PPMW3 Kuantan telah di aturgerak ke kawasan Sungai Lembing dan kawasan UNIPSAS untuk menyelamatkan & memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam banjir terutamanya warga emas, wanita, kanak-kanak dan OKU.

KUANTAN – Dua daerah di Pahang iaitu Bera dan Temerloh kini turut terjejas akibat banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, seramai 61 individu melibatkan 13 keluarga di dua daerah itu kini ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri ini seramai 11,699 orang membabitkan 3,875 keluarga setakat pukul 8 malam tadi.

Daerah Kuantan kekal merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 10,233 orang melibatkan 3,408 keluarga yang ditempatkan di 45 buah PPS.

Dalam pada itu, sebanyak 10 buah PPS dibuka di Pekan yang menempatkan 953 mangsa daripada 325 buah keluarga.

Manakala daerah Jerantut pula merekodkan seramai 147 mangsa banjir daripada 44 buah keluarga ditempatkan di empat buah PPS.

Daerah Rompin merekodkan seramai 264 individu daripada 78 buah keluarga ditempatkan di tiga buah PPS manakala daerah Temerloh mencatatkan 48 individu daripada 10 keluarga kini masih di tiga buah PPS.

Seramai 36 mangsa banjir daripada lima buah keluarga masih terjejas akibat banjir di daerah Maran dan kini ditempatkan di tiga buah PPS.

Daerah Lipis pula merekodkan seramai lima individu daripada dua keluarga masih terjejas akibat banjir dan ditempatkan di sebuah PPS Balairaya Tanjung Bungor.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa lapan lembangan Sungai Pahang membabitkan daerah Jerantut, Bera, Maran dan Pekan berada pada paras BAHAYA setakat jam 8 malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast