Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.0 telah dikesan berlaku di Mindanao, Filipina, hari ini. Gambar: Ihsan MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud berlaku di Mindanao, Filipina, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.02 tengah hari tadi.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 60 kilometer ke timur dari Bislig, Filipina, dengan kedalaman 10 kilometer.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas MetMalaysia.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast