case item The Attorney-General’s Chamber (AGC) in Putrajaya. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 04 NOVEMBER 2020. Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million case item MACC MEIO
Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, perkara yang dikemukakan oleh peguam bela Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) telah dibangkitkan dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.

AGC, merujuk kepada kenyataan dibuat oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semalam,  dalam kes perbicaraan No. WA-45-(7 & 8)-11/2018, yang dikenali sebagai kes 1MDB.

Menurut AGC, perbicaraan kes berkenaan telah berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 November tahun ini dan semua isu yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah dihujahkan serta dipertimbangkan sepanjang proses perbicaraan tersebut.

AGC turut memaklumkan mahkamah telah menetapkan 26 Disember depan sebagai tarikh penyampaian keputusan di akhir kes pembelaan.

“AGC komited untuk menjalankan fungsi pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Setiap keputusan yang dibuat adalah berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia, demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara,” kata kenyataan itu.

AGC itu merujuk kepada kenyataan dibuat oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semalam,  dalam kes perbicaraan No. WA-45-(7 & 8)-11/2018, yang dikenali sebagai kes 1MDB.

Semalam, dalam satu sidang media, Muhammad Shafee mendakwa anak guamnya tidak diberi perbicaraan yang adil dalam perbicaraan kes 1MDB.

Beliau mendakwa, terdapat kekangan tertentu berkaitan pembentangan bukti yang menurutnya berpotensi membantu pembelaan namun tidak dapat dikemukakan sepenuhnya di mahkamah.

Muhammad Shafee mendakwa timbul persoalan berhubung hak  Najib untuk mendapat perbicaraan yang adil, namun menegaskan kenyataan pihaknya bukan bertujuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang dijadualkan Isnin hadapan. -MalaysiaGazette 

Shafee persoal Roger Ng beri maklumat kepada penyiasat tapi tidak di mahkamah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast