Jafry Ariffin ketika mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah, semalam.

KUALA LUMPUR – UMNO Sabah dijangka bakal mengemukakan tiga hingga empat calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada presiden parti.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dilaporkan berkata kesemua calon yang telah dikenal pasti adalah lelaki.

“Saya sendiri, selaku yang menjalankan tugas Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bahagian, Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Lamag serta Ketua-ketua Cawangan bagi mendengar pandangan dan suara pimpinan di peringkat akar umbi,” katanya menerusi sidang media semalam.

Ujarnya, segala pandangan dan suara mereka akan diputuskan dalam masa yang sesuai.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan melakukan rundingan dengan pemimpin parti-parti tempatan di Sabah sebelum menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag adalah pada 24 Januari 2026.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Datuk Seri Bung Moktar yang menyandang kedua-dua kerusi tersebut pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan partu-paru.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast