KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai, Pulau Pinang, pada jam 1 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pemeriksaan ke atas salah seorang suspek telah menemui sepucuk senjata api jenis Revolver 0.38 yang disembunyi di pinggang seluar suspek.
Polis turut menemui 21 butir peluru hidup di dalam seekor anak patung serta dadah disyaki jenis methamphetamine, ganja dan pil eramin yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan.
Sebuah kenderaan Nissan Almera dan peralatan menghidap dadah turut dirampas.
Helmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan direman selama tujuh hari sehingga 27 Disember 2025. – MalaysiaGazette
















