Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin.

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan akan dapat menzahirkan semangat reform dan madani yang disebutkan dalam kerajaan selama ini.

Menurutnya yang juga dikenali sebagai Dr. Maza, beliau selama ini tidak dapat melihat di mana kesungguhan semangat ‘Madani’ dalam urus tadbir agama di bawah Kerajaan Madani.

“Adalah menjadi harapan YB Menteri Agama yang baharu akan dapat menzahirkan semangat reform dan madani yang disebutkan selama ini,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam pengumuman rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, Zulkifli `dinaikkan’ pangkat sebagai Menteri Agama, menggantikan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast