Gambar : Facebook Shahar Abdullah

KUANTAN – Kenyataan terbuka Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin hari ini terus menjadi perbahasan dalam kalangan pemimpin daripada UMNO.

Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ketua UMNO bahagian Paya Besar, Datuk Shahar Abdullah menyifatkan kenyataan Bee Yin sebagai biadap.

“Kenyataan BIADAP! Perosak semangat PERPADUAN!,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini berserta lampiran kenyataan dibuat Bee Yin.

Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong hari ini memuat naik status “Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun” berserta laporan berita keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan semakan kehakiman yang dibuat Datuk Seri Najib.

Hakim Alice Loke Yee Ching hari ini memutuskan bahawa Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Susulan keputusan itu, Najib diperintahkan untuk menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Sementara itu, Shahar turut mengingatkan agar pemimpin DAP itu tidan angkuh dan memikirkan kesan akibat tindakannya itu.

“Jangan RIAK! Esok nasib kita belum tahu! Every action has a receipt,” katanya lagi – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast