Keadaan sebuah pekan di Kuala Simpang, Aceh Tamiang, Aceh, Indonesia, malam tadi yang masih bergelap kerana bekalan elektrik masih terputus.

ACEH – Sebuah pekan di Kuala Simpang, Aceh Tamiang di sini yang seakan ‘bandar hantu’ sebelum ini masih hidup dan ‘berdenyut’ malam tadi walaupun sudah lebih tiga minggu banjir besar melanda Aceh hingga mengorbankan banyak nyawa serta kemusnahan harta benda.

Tinjauan MalaysiaGazette di pekan itu mendapati, keadaan pekan masih bergelap kerana bekalan elektrik masih tiada dan banjir di beberapa laluan dan lorong masih belum surut sepenuhnya.

Keadaan tersebut menyebabkan jalan di pekan menjadi sesak dan kelihatan kenderaan tetap mengharungi banjir.

Penjaja jalanan tetap meneruskan rutin harian terutama mereka yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan kerana musim buah-buahan terutama rambutan dan durian.

Meskipun keadaan jalan gelap, berlubang dan berlumpur tebal serta licin, penduduk setempat dan kenderaan dari luar tetap masuk ke kawasan pekan tersebut kerana tiada pilihan lain atau jalan alternatif.

Keadaan juga diburukkan lagi dengan kawasan kampung-kampung berhampiran yang masih belum pulih daripada banjir dengan keadaan jalan yang teruk dan sesak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast