Tai Zee How

KUALA LUMPUR – “Saya harap DAP kekalkan keangkuhan sebegini.

“Jangan satu hari nanti, Cina pun meluat dan tidak mahu keluar undi dan padan muka korang,” kata pempengaruh media sosial, Zee How Tai yang menggunakan akaun Facebook ‘Ulasan Apek Cina ketika membidas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, penyokong Barisan Nasional (BN) kebanyakan adalah orang Melayu dan lebih 50 peratus adalah penyokong tegar ‘Bossku’.

How Tai meramalkan pada pilihan raya umum akan datang, 50 peratus pengundi Melayu ini bakal sokong mana-mana parti yang bukan dari Kerajaan Madani.

“Baik Perikatan Nasional (PN), baik MUDA (Ikatan Demokratik Malaysia), kalau MCA keluar BN lawan solo pun diaorang akan sokong, ataupun diaorang x nak keluar mengundi.

“Sebab diaorang marah apa yang dilakukan Madani terhadap Bossku,” ujarnya.

Ramal beliau lagi, kurang daripada 1% penyokong BN akan sokong Pakatan Harapan.

Namun, disebabkan keangkuhan pemimpin DAP – Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara bakal menghadapi kekalahan yang teruk dalam PRU akan datang.

Katanya,, DAP masih boleh menang di kawasan Cina, kerana menggunakan sentimen Pas adalah parti ekstremis, dan tuduh MCA tak pandai jaga Cina sebab 60 tahun memerintah, masih belum iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), hak sama rata dan lain-lain.

Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin hari ini memuat naik hantaran berbunyi; ‘Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini’ bersama pautan berita portal mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum, hari ini.

Hantaran tersebut dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincang mahupun diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast