Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran.

KUALA LUMPUR – Tindakan-tanduk pemimpin DAP yang memperlekeh dan mempersendakan institusi Perlembagaan, termasuk titah diraja dan proses kehakiman adalah perbuatan yang amat membimbangkan dan berbahaya kepada sistem demokrasi negara.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, apabila ada individu yang bersorak ketika seseorang ditangkap dan memuji sabitan, lebih-lebih lagi melibatkan ‘permusuhan peribadi’ pihak itu sebenarnya telah menjadikan keputusan kehakiman seperti papan skor politik untuk diraikan.

“Sedangkan, reaksi sedemikian ternyata lari daripada konteks sebenar permohonan tahanan rumah daripada satu Proklamasi Diraja yang dibuat melalui proses Perlembagaan yang sah.

“Apabila penolakan permohonan tersebut diraikan seolah-olah satu kemenangan politik, sama ada sedar atau tidak, DAP telah memperkecilkan satu titah diraja,” katanya kepada MalaysiaGazette

Beliau menegaskan isu mahkamah itu bukan pertandingan personaliti, sebaliknya melibatkan implikasi perundangan terhadap satu titah diraja yang wajar ditangani dengan penuh tanggungjawab.

Namun, kata Vigneswaran, reaksi pemimpin DAP seolah-olah  keputusan mahkamah itu bermaksud titah Yang di-Pertuan Agong telah ‘ditolak’ atau ‘diatasi’.

Walhal, tanggapan sedemikian adalah tidak tepat dan berbahaya dari sudut Perlembagaan.

Sedangkan, YDPA bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, selepas rundingan sewajarnya, dan penghormatan terhadap institusi diraja harus dizahirkan melalui kesetiaan kepada kerangka itu, bukan melalui ejekan, sindiran atau kemarahan terpilih.

Ironinya, kata beliau, tindak-tanduk ini dibuat oleh parti politik yang kononnya sering memperjuangkan sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Tetapi hakikatnya, mereka telah memberi reaksi melangkaui batas apabila keputusan kehakiman selari dengan sentimen politik parti tersebut.

“Ingatlah, demokrasi matang menuntut maruah, keinsafan dan rasa hormat terhadap institusi negara. Apa-apa tangkapan, sabitan atau kegagalan sesuatu permohonan undang-undang bukan bahan hiburan awam atau sumber keseronokan.

“Apabila keadilan dijadikan hiburan dan institusi dipersendakan, maruah akan hilang dan demokrasi berisiko bertukar menjadi sandiwara,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Rakyat tak perlu simpati dengan Najib, keadilan mesti ditegakkan – Tony

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. bila kah hari dan masanyq tun m dan abah akan kita sumbat ke penjara. rakyat ingin lihat keadilan di laksanakan dengan maksud kifarah. najib perlu di keluarkan segera untuk selamatkan UMNO dan MELAYU

Comments are closed.