Pas mengumumkan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pas yang bermesyuarat hari ini mengugurkan serta-merta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis daripada parti.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025).

“Pas akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta merta,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Difahamkan ia ada kaitan dengan isu lapan ADUN di Perlis termasuk tiga daripadanya dari Pas yang dilaporkan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, yang juga daripada Pas. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast