KUALA LUMPUR – Ibu penyanyi, Ziana dan Anuar Zain meninggal dunia di Hospital Klang pada 10.40 malam tadi.
Berita sedih itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram.
Allahyarham Robiah Abdul, 74, meninggal dunia kerana kanser hati.
Ziana dan adiknya, Anuar sebelum ini kehilangan bapa mereka, Allayarham Zain @ Zin Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun pada 26 Ogos lalu.- MalaysiaGazette















