Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan (bahaya) telah dikemas kini bagi timur Kelantan dan timur Terengganu, susulan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 29 Disember 2025, Jabatan Meteorologi Malaysia.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Manakala amaran hujan berterusan (buruk) bagi selatan dan pedalaman Terengganu, timur Pahang dan tengah Kelantan serta amaran hujan berterusan (waspada) telah dikemas kini bagi pedalaman Kelantan, tengah Pahang dan timur Johor berkuat kuasa sehingga 29 Disember 2025.

Menurutnya, amaran angin kencang dan laut bergelora juga telah dikemas kini berkuat kuasa sehingga 29 Disember 2025 bagi Laut China Selatan termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang juga dijangka di pantai barat Semenanjung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast