Seorang penunggang maut kemalangan di persimpangan Jalan Rahmat ke jalan utama Kampung Melayu Majideei, Johor Bahru semalam

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang maut manakala pembonceng parah selepas motosikalnya dilanggar sebuah van di persimpangan Jalan Rahmat ke jalan utama Kampung Melayu Majidee, sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pukul 5.50 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa berusia 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati motosikal tersebut sedang bergerak lurus di jalan utama sebelum dilanggar sebuah van dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bekerja sebagai pengawai logistik yang sedang memasuki simpang.

“Akibat pelanggaran tersebut penunggang cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pembonceng pula mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk menerima rawatan.

Tambah Raub, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast