Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel sehingga jam 2.00 pagi sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026 yang akan berlangsung pada malam 31 Disember ini.

Tambahnya, perkhidmatan BRT Laluan Sunway, beberapa laluan bas terpilih serta perkhidmatan Rapid KL On-Demand (ROD) pula akan beroperasi sehingga jam 2.30 pagi pada 1 Januari 2026.

“Langkah ini bertujuan memastikan pergerakan penumpang selepas tamat acara sambutan dapat berjalan dengan lebih selamat, terkawal dan teratur, selain membantu para pengguna merancang perjalanan pulang dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rapid KL, lanjutan operasi kali ini melibatkan 20 stesen rel, 7 stesen BRT, 21 laluan bas utama dan perantara Rapid KL serta 9 zon ROD.

Berikut merupakan senarai stesen rel dan BRT yang terlibat:

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast