PU Aamin.

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti PU Amin, PU Amin menggesa pencipta kandungan berunsur syirik dihentikan segera selain menegaskan peranan ustaz tidak seharusnya diperalatkan demi tontonan semata-mata.

“Berhentilah kandungan syirik cari hantu. Ustaz, agama dan ruqyah bukan gajet dan alat untuk halau hantu.

“Ustaz bukan mainan dan kuli halau hantu, ruqyah bukan jampi serapah. Yang kena hentikan adalah kandungan cari hantu yang syirik ini,” ujarnya dalam Threads di sini.

Teguran Pu Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35,dibuat berikutan aktiviti paranormal yang diterajui pengacara Roslan Shah selepas didakwa ada insiden merasuk melibatkan suami kepada ushawan sensasi Bonda Rozita, semalam.

Sebelum ini, Roslan menerajui aktiviti paranormal yang dinamakan Night Walk terbitan MBK Film Studio sejak beberapa bulan lalu.

PU Amin menambah, kandungan berunsur paranormal atau aktiviti ‘pemburu hantu’ boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran masyarakat serta mencemarkan kesucian agama Islam.

Jelasnya, ayat ruqyah juga tidak sepatutnya digunakan bagi tujuan menghalau hantu.

“Sampai bila Malaysia perlu dan boleh terima kandungan paranormal cari hantu ini.

“Konsep ruqyah bukan untuk halau hantu tapi amalan nak dekatkan diri dengan Allah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast