KUALA LUMPUR – Tidak lama selepas Ketua Penerangan Pas membuat kenyataan “kawan makan kawan,” Ketua Pemuda UMNO pula menjawabnya dengan satu hantaran ringkas tetapi penuh makna.
“Kawan makan kawan. Kawan jadi lawan.
“Tetapi insyAllah kita boleh usahakan lawan jadi kawan, Fadhli Shaari,” kata Dr Akmal Saleh menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Meskipun tidak menyatakan subjek secara jelas atau menamakan mana-mana pihak, warga net mudah untuk memahami hantaran ‘cryptic’ yang merujuk kepada ketegangan hubungan Pas dan Bersatu serta cadangan untuk mewujudkan semula Muafakat Nasional.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/12/28/hantaran-kawan-makan-kawan-fadhli-shaari-cetus-spekulasi/
Terdahulu, Ahmad Fadhli Shaari hari ini berkongsi hantaran di dalam media sosial Facebook beliau yang mengundang tanda tanya dan pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Dalam satu hantaran ringkas, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis: “Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan.”
Catatan itu dikongsikan tidak lama selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu hari ini.
Khamis lalu, Khamis lalu, Akmal mencadangkan MN dihidupkan semula susulan krisis politik di Perlis menyaksikan lapan Adun PN termasuk lima dari Bersatu menarik balik sokongan terhadap Shukri Ramli dari PAS sebagai menteri besar.
Dalam maklum balasya, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari bersetuju dengan cadangan Akmal yang akan dilaksanakan selepas Umno keluar daripada kerjasama Pakatan Harapan (PH). -MalaysiaGazette















