KUALA LUMPUR – Kira-kira 800 prosedur rawatan In vitro fertilisation (IVF) direkodkan setiap tahun di Pusat Reproduktif Termaju (ARC), Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM) dengan kejayaan kehamilan antara 30 hingga 35 peratus.
Ketua ARC HCTM UKM, Prof Madya Dr Abdul Kadir Abdul Karim berkata, purata kejayaan kehamilan menerusi rawatan IVF bergantung kepada jenis masalah kesuburan antaranya baki kilang telur yang sangat haus, faktor kesuburan lelaki yang teruk selain peningkatan umur.
“Kebelakangan ini, ramai pesakit majoriti disebabkan Diminished Ovarian Reserve yang disebabkan faktor umur, boleh juga berlaku pada pesakit muda yang kehausan telur kerana disebabkan keturunan atau sakit seperti Endometriosis, Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan juga faktor lelaki.
“Anggaran umur pesakit yang kita terima di sini antara 38 hingga 42 tahun mungkin masyarakat masih mengambil masa untuk Seek Fertility Treatment (masih mencari rawatan kesuburan) atau sudah stabul di tempat kerja baru memikirkan mengenai kesuburan.
“Kita juga ada pesakit saya yang berjaya mengandung hingga bersalin pada usia 44 tahun namun bagi pesakit yang berusia 45 tahun ke atas kadar kejayaan (hamil) akan kurang dan ia memerlukan perbincangan daripada segi risikonya,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada Program Hari Bersama Media 2025 bersama Pusat Reproduktif Termaju (ARC), Pusat Kecemerlangan di bawah HCTM yang mengetengahkan tema Penantian Demi Kebahagiaan: Menghayati Liku Perjalanan IVF, sebuah tema yang cukup dekat dengan hati banyak pasangan yang berjuang demi zuriat.
Dalam perkembangan lain, Dr Abdul Kadir berkata, ARC HCTM UKM turut memberi peluang kepada wanita dan lelaki yang mengalami kanser memiliki cahaya mata sebelum memulakan rawatan yang boleh menjejaskan kualiti telur dan sperma mereka.
Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan nasihat dari pakar onkorfertiliti yang akan meneliti rawatan kanser yang bakal diberikan doktor kanser sebelum membuat keputusan sama ada perlu membekukan telur atau sperma mereka sebelum atau selepas rawatan tersebut.
“Perkhidmatan yang saya boleh ketengahkan adalah Ovarian Tissue Cryopreservation khusus untuk pesakit kanser sebelum mereka menjalani rawatan kimoterapi yang akan merosakkan kilang teur mereka yang hanya ada di sini yang menawarkan perkhidmatan peringkat antarabangsa.
“ARC HCTM UKM mempraktikan semua rawatan kesuburan yang komprehensit termasuk daripada melakukan siasatan dan putuskan rawatan yang sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak dapat di tempat lain dan paling utama kita merupakan Pusat Oncofertility Negara,” ujarnya.

Ditanya mengenai kos rawatan IVF, Dr Abdul Kadir berkata, ARC HCTM UKM menawarkan harga yang berpatutan berbanding perkhidmatan swasta iaitu antara RM13,000 hingga RM15,000 bagi satu kitaran lengkap dan bergantung kepada penggunaan ubat serta keperluaan pembekuan embrio.
“Sebagai angesi kerajaan berkanun, kami menawarkan rawatan pada kadar lebih kompetitif dan harga itu memlibatkan satu kitaran IVF, ubat, kutipan telur atau sperma yang akan diletakkan balik bagi proses pembekuan termasuk perkhidmatan pakar-pakar yang terlatih di sini,” jelasnya.
Beliau juga memberitahu, ARC HCTM UKM bakal dilengkapi teknologi terkini seperti Embryoscope berasaskan pemantauan masa nyata (time-lapse) dan sistem pemilihan embrio menggunakan kecederasan buatan (AI) yang membantu meningkatkans kebarangkalian kejayaan rawatan.
Sehubungan itu, Dr Abdul Kadir menasihati orang ramai yang menghadapi masalah kesuburan disaran supaya tidak menangguhkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan kerana faktor masa memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan rawatan IVF. – MalaysiaGazette
















