Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berpendirian sekiranya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, maka Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga perlu melakukan perkara sama.

Ini kerana, kata beliau, Setiausaha Agung PN dipilih oleh Pengerusi PN.

“Sekiranya Pengerusi lepas jawatan, maka Setiausaha Agung juga patut lepas jawatan kerana Setiausaha Agung dipilih oleh Pengerusi,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari ini.

Keputusan itu dipercayai berkait kemelut politik di Perlis yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Pas termasuk mencadangkan supaya Pas meninggalkan PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast