Orang awam berjaya memujuk seorang wanita yang bertindak berdiri di atas jambatan Tanjung Lumpur. Kuantan.

KUALA LUMPUR – Orang awam berjaya menyelamatkan cubaan seorang wanita untuk terjun dari atas jambatan Tanjung Lumpur dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Wanita ini, seorang janda dan memiliki seorang anak lelaki sebelum ini berkerja di  kedai tetapi telah diberhentikan kerja kerana masalah dalaman antara pekerja.

Selain itu, dia berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan.

Ibu Pejabat Polis Kuantan berkata, semakan rekod mangsa mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berkait masalah rumahtangga dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Tangkapan ke atas suami mangsa telah dibuat pada 14 November lalu dan telah dituduh pada 23 Disember di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Wanita itu telah dirujuk kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Begitulah bila seseorang telah hilang pertimbangan iman dan tiada kiblat..walaupun penampilan sebagai muslimah

    • Apa yang kita lalui dan rasa xsama dengan apa yang terjadi dalam hidup dia mungkin masa ni kita boleh lah cakap dia hilang pertimbangan iman dan tiada kiblat tapi kene ingat mungkin suatu hari nanti giliran kita sendiri pulak yang ALLAH bagi ujian sampai kita xleh nak hadap. sepatutnye kita sedara sesame islam doa lah benda yang baik² je xperlu nak judge org pon kadang² berdiam tu lebih baik dari berkata² tkot dgan kata² kita tu menambahkan lagi tekanan hidup dia.

Comments are closed.