KUALA LUMPUR – Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 iaitu sebuah festival jualan dan gaya hidup bertemakan Aidilfitri bakal melakar sejarah kerana berlangsung selama 96 jam tanpa henti Setia City Convention Centre, Setia Alam bermula 12 Mac depan selama lima hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Muhammad Firdaus Nadxaman dan Faizul Mohd. Yusof berkata, penganjuran itu bertujuan menyediakan sebuah platform berimpak tinggi yang bukan sahaja merancakkan sambutan Aidilfitri nanti.
Malah kata penganjur bersama itu, ia juga bagi memperkasa usahawan tempatan selain mengukuhkan jaringan perniagaan serta mewujudkan ekosistem acara yang menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti secara mampan.
“Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah menjelang Aidilfitri malah berperanan sebagai platform menyokong usahawan tempatan, memperkukuh semangat komuniti serta merancakkan ekonomi setempat,” kata penganjur dalam satu kenyataan hari ini.

lagi iaitu Fad Bocey, Sharif Zero & Danial Zaini serta gandingan Epul dan Talam.
Majlis pra pelancaran festival itu dirasmikan Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi di mana penganjurannya turut dilaksanakan dengan jalinan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.
Mengangkat tema Havoc-nya Raya di Kampung, festival itu menggabungkan elemen tradisional dan moden bagi mewujudkan suasana raya yang penuh nostalgia, meriah serta mesra keluarga selain turut menampilkan pelawak terkenal sepertinya Fad Bocey, Sharif Zero & Danial Zaini serta gandingan Epul dan Talam.
Penganjur menambah, dengan penyertaan lebih 200 vendor, Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 menawarkan pelbagai jualan persiapan Raya, bazar berbuka puasa, happy hour sale serta aktiviti interaktif untuk semua lapisan masyarakat.
Festival itu turut dimeriahkan dengan persembahan pentas, kehadiran artis dan pempengaruh, aktiviti kanak-kanak, serta program keagamaan seperti buka puasa, solat tarawih dan bersahur beramai-ramai.
“Selain itu, pihak Havoc akan mengadakan cabutan bertuah untuk pengunjung yang berbelanja di festival dan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik lain sepanjang festival berlangsung,” katanya. – MalaysiaGazette
















