Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu pada 1 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast