Kemalangan imelibatkan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas dan terjunam ke dalam parit dianggarkan berkedalaman dua meter.

SHAH ALAM – Seorang pemuda maut manakala adiknya tidak sedarkan diri selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Bendang 4, Sungai Besar, dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.40 petang sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal komander operasi, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas dan terjunam ke dalam parit dianggarkan berkedalaman dua meter.

“Mangsa seorang remaja lelaki berusia 15 tahun berjaya dinaikkan oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah diberikan rawatan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata abangnya yang berusia 20 tahun ditemukan pada 6.55 petang di perangkap sampah sejauh 150 meter dari lokasi kejadian, sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.10 malam.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast