Data dikeluarkan platform statistik bola sepak Sofascore.

KUALA LUMPUR – Pemain sensasi negara, Arif Aiman Mohd Hanapi terus membuktikan kehebatan luar biasanya apabila menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama.

Menurut data dikeluarkan platform statistik bola sepak Sofascore, tonggak Johor Darul Ta’zim itu merupakan satu-satunya pemain Asia berada dalam senarai tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan mengatasi Jeremy Doku dari Manchester City yang mencatatkan 212 gelecekan berjaya selepas beraksi dalam 52 perlawanan.

Sementara itu, bintang Barcelona Lamine Yamal apabila mengungguli kedudukan ialah dengan merekodkan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan diikuti pemain Brazil Guilherme Smith dengan 251 gelecekan dalam 25 penampilan.

Penyerang Honduras, Jose Mario Pinto di tangga ketiga dengan 238 gelecekan berjaya daripada 53 perlawanan.

Arif Aiman kini menjalani tempoh rehat panjang selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani pembedahan dijalankan doktor sukan terkenal Lasse Lempaine. – MalaysiaGazette

Pemain Malaysia, Arif Aiman diasak tiga pemain Vietnam, Pendant Quang Vinh pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast