Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah dengan rampasan kira-kira RM2 juta dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Timur Laut negeri itu.
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang antara jam 1.00 petang, pada Jumaat lalu hingga jam 2.00 pagi itu turut membawa kepada tangkapan empat individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.















