Gabriel Silva. Foto FB TFC.

KUALA LUMPUR – Terengganu FC (TFC) mengumumkan kelab itu menamatkan kontrak pemain sayap import, Gabriel Silva atau lebih mesra dengan panggilan Gabi berkuat
kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, pihaknya mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak pemain kelahiran Brazil itu mengikut undang-undang serta
peraturan.

“TFC ingin mengumumkan kelab ini dan Gabi telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal sebelum tamat musim 2025/2026.

“Terima kasih diucapkan kepada Gabi atas segala sumbangan beliau bersama pasukan dan selamat maju jaya untuk perjalanan dan cabaran anda seterusnya,” katanya dalam kenyataan di Faceobook kelab itu di sini hari ini.

Pada Julai lalu, Gabriel melengkapkan perpindahan ke TFC setelah memenangi beberapa kejuaraan bersama kelab gergasi Kemboja Svay Rieng FC sejak 2023.

Kehadiran pemain berusia 28 tahun itu selepas membantu pasukan itu menjuarai Liga Kemboja selama dua tahun berturut-turut dan Piala Hun Sen pada 2023.

Dia juga mencatat statistik cemerlang pada Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada musim lepas

TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super di belakang Kuala Lumpur City FC selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast