Azizee.

BAYAN LEPAS – Kayuhan Berbasikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026 berjaya menarik kira-kira 3,000 penyertaan tempatan dan antarabangsa.

Ketua Polis Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, acara berbasikal sejauh 52 kilometer yang melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang itu akan diteruskan tahun hadapan.

“Alhamdulillah, penyertaan mencapai kira-kira 3,000 dan seramai  2,507 peserta berdaftar sertai kayuhan malam tadi.

“Semuanya (acara) berjalan lancar dan InsyaAllah pada tahun depan kita akan anjurkan kejohanan seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada acara tersebut.

Terdahulu, pelepasan rasmi kayuhan disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib disaksikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mudin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Acara berbasikal waktu malam yang memasuki edisi keenam itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang melibatkan 17 negara termasuk Singapura, Thailand, Filipina dan India dengan peserta berusia lingkungan 11 hingga 77 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast