JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mati ditemui tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Aliff di Lebuhraya Pasir Gudang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat lelaki tempatan tersebut ditemui pukul 8.54 pagi di jejantas berkenaan.
“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 43 tahun itu dikenali sebagai E Jeevan. Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.
“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR). Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Terdahulu tular dalam media sosial penemuan mayat tersebut sebelum perkara itu dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan dan menurunkannya.- MalaysiaGazette















