Foto InstaStory Tunku Mahkota Ismail.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil cara santai apabila menyaksikan perlawanan bola sepak antara kelabnya itu menentang Selangor menerusi kaca televisyen di restoran mamak malam tadi.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyaksikan tuan rumah tewas 0-2 kepada pasukan pelawat. namun baginda dan keluarga menonton aksi itu di restoran mamak.

Pemangku Sultan Johor itu berkongsi gambar menerusi Instastory miliknya yang memaparkan isteri baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut menemani bersama menonton pertembungan itu.

Baginda juga berkongsi suasana di restoran mamak itu yang kelihatan penuh dengan pengunjung yang ingin menonton perlawanan terbabit.

Kemenangan itu membolehkan mereka terus gayat di persada liga dengan 39 mata, 11 mata mengatasi Kuching City dan KL City FC yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga. – MalaysiaGazette

Foto InstaStory Tunku Mahkota Ismail.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast