Foto FB Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Presiden Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Tan Sri Annuar Musa mencuri perhatian peminat bola sepak di media sosial apabila berpeluang duduk semeja dengan bintang muda Manchester City, Abdukodir Khusanov.

Menerusi Facebook miliknya, Annuar turut beramah mesra dengan pemain antarabangsa itu yang turut menghadiahkan jersi Man City kepada beliau.

Pertemuan mereka secara santai itu berlangsung selepas aksi Liga Perdana Inggeris antara Man City dan Chelsea di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

“Selepas tamat perlawanan, Khusanov datang menemui kami sekeluarga di penginapan. Ramah mesra minum teh bersama sambil menandatangani beberapa helai jersi sebagai kenangan,” tulis Annuar.

Januari tahun lalu, Man City mengikat Khusanov dari kelab Perancis Lens dengan yuran yang dilaporkan berjumlah RM186.83 juta.

Beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada pemain berusia 20 tahun itu bukan sahaja dalam kariernya tetapi untuk saingan Piala Dunia 2026 kerana Uzbekistan antara negara yang membawa cabaran Asia dalam saingan Piala Dunia kali ini.

“Semoga kerjaya Khusanov terus cemerlang. Selamat maju jaya juga untuk Piala Dunia 2026,” ujarnya.

Dalam aksi itu, Man City terlepas peluang meraih tiga mata apabila diikat Chelsea 1-1 selepas gol lewat Enzo Fernandez memadamkan kelebihan gol City menerusi Tijjani Reijnders. – MalaysiaGazette

Foto FB Annuar Musa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast