Mohd Yusri Hassan Basri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam orang pegawai kanannya.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran itu berkuat kuasa 9 Februari 2026.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik pula akan digantikan oleh Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali.

Hasbullah sebelum ini merupakan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Manakala Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bertukar ke Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman.

Asisten Komisoner Zulkifli Suhaili yang merupakan Ketua Polis Daerah Sibu, Sarawak pula berpindah sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak.

Beliau akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak, Asisten Komisioner Roselina Daud pula akan memangku pangkat SAC sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Sarawak.

Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Johor, Asisten Komisioner Pozlan Ibrahim juga akan memangku pangkat SAC.

Beliau ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast