Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-31, Jeneral Datuk Azhan Md Othman, menyeru seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) agar kekal bertenang dan tidak terpengaruh dengan isu-isu terpencil yang boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan negara.
Beliau menegaskan bahawa situasi keselamatan negara ketika ini masih terkawal, dan sebarang kejadian yang berlaku hanya melibatkan kelompok kecil serta tidak mencerminkan keadaan sebenar secara menyeluruh.















