KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima wang rasuah secara terancang melibatkan rangkaian lebih luas.
SPRM dalam kenyataan berkata, itu antara hujahan dinyatakan pengawai penyiasatnya ketika memohon perintah remah terhadap suspek utama di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
“Permohonan reman terhadap suspek utama bagi tempoh tujuh hari atas alasan siasatan melibatkan dakwaan penerimaan wang rasuah secara terancang, disyaki melibatkan rangkaian rasuah lebih luas serta kemungkinan penglibatan beberapa pegawai lain.
“Permohonan reman turut dibuat bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti dan merujuk sejumlah besar dokumen berkaitan perolehan, mengesan individu-individu lain yang dipercayai terlibat
“Selain itu, mengesan aset serta proksi disyaki digunakan, juga menghalang sebarang kemungkinan suspek menghubungi saksi-saksi lain atau mengganggu serta memusnahkan bahan bukti yang masih belum diperoleh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, bekas PTD direman tujuh hari sehingga 14 Januari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah melibatkan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Dua individu yang turut direman ialah isteri pertama suspek selama tiga hari iaitu sehingga 10 Januari manakala isteri kedua pula selama enam hari sehingga 13 Januari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Tambah SPRM, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 50-an telah ditahan sekitar jam 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman itu dan meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan. – MalaysiaGazette

















Dalam MINDEF tu LUBUK RASUAH….
Aku pernah berurusan dengan KOMLEK.
Pegawai pangkat kapten siap Tanya, en. Main golf?
Apa kena mengena urusan kerja aku baiki alat telepon dengan kayu golf….
Nak suruh aku beli set golf Dan pukul bola free ler tu….
LAHANAT punya orang…..
Diorang ingt kebal, sapa brani nk kcau urusan tentera ni.. Bnda dh lama berlaku dh jd mcm perkara biasa.. Kena ingt, smpai bila blh lps.. Ini bru ats dunia. Pndai buat, pndai lah tggung.. Nyesal pun dh trlmbat.. Semoga jd pengajaran bg yg lain. Semoga di buat pembersihan habis habisan. Ini melibatkan urusan keselamatan negara. Blum berperang pun dh mcm ni..