Antoine Semenyo. Foto Sky Sports.

LONDON – Penyerang sayap, Antoine Semenyo, 26, sah menjadi milik Manchester City  daripada AFC Bournemouth dengan yuran perpindahan mencecah £65 juta pound.

Kontrak pemain itu telah dipersetujui dan dia dijangka menandatangani kontrak jangka panjang selepas menjalani pemeriksaan perubatan hari ini.

Menurut pakar perpindahanan Fabrizio Romano, Semenyo telah memilih skuad kendalian Pep Guardiola itu yang terkenal dengan gaya permainan menyerang dan pembangunan bakat muda berbanding beberapa kelab teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) lain.

Sebelum ini, beberapa kelab EPL lain termasuk Arsenal, Liverpool dan Manchester United, dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain antarabangsa Ghana itu.

Namun Semenyo mengambil keputusan untuk menyertai juara bertahan EPL itu.

Prestasinya musim ini meletakkannya sebagai penjaring ketiga terbanyak Liga Perdana Inggeris hanya di belakang penyerang City, Erling Haaland yang mengumpul 19 gol dan penyerang Brentford, Igor Thiago dengan 14 gol.

Kualiti, kebolehan bermain di pelbagai posisi serta tanda harga yang hanya sah sehingga 10 Januari ini selepas menandatangani kontrak baharu pada Julai menjadikan Semenyo sasaran utama kelab-kelab elit.

Setakat ini, Semenyo merekodkan sembilan jaringan dalam 19 perlawanan liga bersama Bournemouth yang menghuni tangga ke-15 di bawah kendalian Andoni Iraola. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast