Lelaki dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu ditemui terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan di sini semalam. FOTO IHSAN JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung di Tasik The Mines, Seri kembangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu daripada seorang lelaki yang bekerja di Cruise The Mines.

“Lelaki itu kemudian menghubungi anggota polis bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Sungai Besi Indah pada jam 2.25 petang, semalam.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditemukan terapung di tasik berkenaan dan lelaki itu telah dilaporkan sejak 5 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasatan bagi  mengenal pasti punca kematian.

Berikutan itu katanya, kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast