Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kejayaan membanteras sebanyak 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam sepanjang tahun 2025, dengan nilai sitaan keseluruhan mencecah RM1.88 bilion.
Prestasi ini menunjukkan peningkatan 15.33 peratus atau RM250.71 juta berbanding tahun 2024, sekali gus mencerminkan keberkesanan strategi penguatkuasaan berasaskan outcome yang dilaksanakan.














