KUALA LUMPUR – Megaklinik Dr Suffian (MKDS) terus melakar sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book Of records (MBOR) menerusi dua rekod kebangsaan yang dicapai secara serentak.
Rekod itu melibatkan penurunan berat badan kumulatif tertinggi dalam program yang diawasi secara perubatan dalam setahun dan penyertaan terbesar dalam program penurunan berat badan yang diawasi secara perubatan dalam setahun.
Pengarah Eksekutif MKDS, Dr Suffian Sani Sayuti berkata, pihaknya berbangga kerana pengiktirafan itu berasaskan hasil yang diaudit dan tidak melibatkan kempen serta bukan anugerah berbayar.
“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan MKDS yang mempercayai proses ini dan kepada seluruh pasukan MKDS yang menegakkan disiplin klinikal dan piawaian bertaraf dunia.
“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kolektif dan bukannya tahap keterlihatan individu di mana ia penting sebagai asas,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, MKDS diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia dengan lebih 2,000 pesakit setiap bulan selain menjadi antara klinik pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatannya.
Mengulas lanjut, Dr Suffian menambah, fasa seterusnya sudah pun bermula dengan protokol yang lebih canggih sedang diformalkan MKDS untuk terus membentuk hala tuju penjagaan obesiti yang diselia secara perubatan di Malaysia.
“Hasil kami didorong oleh pendekatan pelbagai disiplin dan protokol pengurusan obesiti lanjutan daripada pelbagai metodologi luar negara di mana bukan pendekatan generik pada buku.
“Protokol peringkat antarabangsa ini terus berkembang dengan pembangunan SOP berstruktur sedang dijalankan untuk mendorong keputusan klinikal melangkaui penanda aras semasa.
“Kami tidak bergantung pada iklan, kehidupan TikTok atau pengaruh selebriti dan VIP selain kurang menjanjikan dan terlebih memberi.
“Ini kerana MKDS membina sistem dan protokol di mana kami perlu memperhalusi piawaian penjagaan dan bertanggangjawab secara berskala,” katanya. – MalaysiaGazette
















