Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita emas, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai kira-kira RM6.9 juta susulan siasatan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia.

Menurut sumber, wang tunai yang disita itu meliputi nilai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Pound, Yen (Jepun), dan Riyal (Arab Saudi).

Kata sumber, sitaan tersebut adalah hasil pemeriksaan SVR di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang yang dipercayai ditinggalkan untuk tujuan pembaikan.

“Barang kemas yang disita adalah tiga unit jongkong emas 999 yang setiap satunya seberat satu kilogram di mana nilai semasanya adalah kira-kira RM1.8 juta.

“Turut disita sembilan keping emas yang setiap satunya seberat 100 gram yang nilai semasanya adalah lebih setengah juta ringgit di samping SVR yang dianggarkan bernilai kira-kira RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast