Anuwal.

BAYAN LEPAS – Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun nyaris lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki dan perempuan itu yang dibuat oleh waris mangsa di Balai Polis Queensbay.

“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta keadaan sebenar ketika insiden berlaku.

“Kes ini masih dalam siasatan,” katanya hari ini.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak yang merupakan sepupu itu sedang mandi di kolam renang hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

Kanak-kanak terbabit dikatakan datang bersama keluarga masing-masing dari Kedah sejak semalam untuk bercuti di Pulau Pinang.

Selepas kejadian, kedua-dua mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan kanak-kanak lelaki dilaporkan stabil, manakala sepupunya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, waris kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan enggan mengulas lanjut dan memohon ruang untuk bertenang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast